Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَمْرُ النِّساءِ إلى آبائهنَّ، ورضاهنَّ السُّكوتُ.
Teks Bahasa Melayu
Keputusan wanita berada di tangan ayah mereka. Diamnya mereka tanda bersetuju.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis no. 4999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى – رضي الله عنه –، قال: قال رسول الله ﷺ: ((أمر النساء إلى أبائهن، ورضاهن السكوت)). [خط، ((الضعيفة)) 7058].
(Lemah) Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Keputusan wanita berada di tangan ayah mereka. Diamnya mereka tanda bersetuju. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7058].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman