Munkar Dengan Frasa Ini

30/06/2024

minit bacaan



Kepimpinan dari Quraisy

Teks Bahasa Arab

الأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ، وَلَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقٌّ عَظِيمٌ، وَلَكُمْ مِثْلُ ذَلِكَ، فَأَطِيعُوهُمْ مَا عَمِلُوا بِثَلَاثٍ: إِذَا حَكَمُوا عَدَلُوا، وَإِذَا اسْتَرْحَمُوا رَحِمُوا، وَإِذَا عَاهَدُوا وَفَّوْا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ مِنْهُمْ؛ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Kepimpinan dari Quraisy. Mereka mempunyai hak yang besar ke atas kalian dan begitu juga kalian. Maka taatlah kepada mereka selagi mana mereka melakukan tiga perkara. Apabila mereka memerintah mereka berlaku adil. Apabila mereka diminta untuk berlaku belas kasihan, mereka lakukan dan apabila mereka melakukan perjanjian, mereka penuhi perjanjian tersebut. Barangsiapa daripada kalangan mereka yang tidak melakukan perkara yang sedemikian, maka ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Frasa Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1900, hadis no. 9550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أنس بن مالك رضي الله عنه ، قال: أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن مجتمعون في بيت رجل من الأنصار، فأخذ بعضادتي الباب وقال: الأئمة من قريش، ولهم عليكم حق عظيم، ولكم مثل ذلك، فأطيعوهم ما عملوا بثلاث: إذا حكموا عدلوا، وإذا استرحموا رحموا، وإذا عاهدوا وفوا، ومن لم يفعل ذلك منهم؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. [الداني في ((الفتن))، ((الضعيفة)) (5539)]

(Munkar Dengan Frasa Ini) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah datang kepada kami ketika kami sedang berkumpul di rumah salah seorang daripada golongan Ansar. Lalu Baginda mengambil salah satu daun pintu dan Baginda bersabda: Kepimpinan daripada Quraisy. Mereka mempunyai hak yang besar ke atas kalian dan begitu juga kalian. Maka taatlah kepada mereka selagi mana mereka melakukan tiga perkara. Apabila mereka memerintah mereka berlaku adil. Apabila mereka diminta untuk berlaku belas kasihan, mereka lakukan dan apabila mereka melakukan perjanjian, mereka penuhi perjanjian tersebut. Sesiapa dalam kalangan mereka yang tidak melakukan sedemikian, maka ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. [Riwayat al-Dani dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5539]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.