Keperluan manusia dalam memiliki dirham dan dinar di akhir zaman

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان في آخر الزمان لابد للناس فيها من الدراهم والدنانير؛ يقيم الرجل بها دينه ودنياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba akhir zaman, manusia mesti memiliki dirham dan dinar ketika itu agar seseorang itu boleh menguruskan agama dan dunianya dengan dinar dan dirham tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis nombor 7073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن حبيب بن عبيد، قال: رأيت المقدام بن معدي كرب جالسا في السوق، وجارية له تبيع لبنا، وهو جالس يأخذ الدراهم فقيل له في ذلك؟ فقال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا كان في آخر الزمان لا بد للناس فيها من الدراهم والدنانير؛ يقيم الرجل بها دينه ودنياه.
[طب، ((الضعيفة)) (6997)]

(Munkar)
Daripada Habib bin ‘Abid, katanya: Aku pernah melihat al-Miqdam bin Ma’di Karib sedang duduk di pasar sementara hamba perempuan beliau sedang menjual susu, beliau duduk sambil mengambil dirham. Lalu beliau ditanya tentang perbuatan itu, lalu al-Miqdam berkata: Baginda SAW pernah bersabda: Apabila tiba akhir zaman, manusia mesti memiliki dirham dan dinar ketika itu agar seseorang itu boleh menguruskan agama dan dunianya dengan dinar dan dirham tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs