Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ؛ لَا بُدَّ لِلنَّاسِ فِيهَا مِنَ الدَّرَاهِمِ وَالدَّنَانِيرِ؛ يُقِيمُ الرَّجُلُ بِهَا دِينَهُ وَدُنْيَاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba akhir zaman, manusia mesti memiliki dirham dan dinar ketika itu agar seseorang itu boleh menguruskan agama dan dunianya dengan dinar dan dirham tersebut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis no. 7073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حبيب بن عبيد، قال: رأيت المقدام بن معدي كرب جالسا في السوق، وجارية له تبيع لبنا، وهو جالس يأخذ الدراهم فقيل له في ذلك؟ فقال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا كان في آخر الزمان لا بد للناس فيها من الدراهم والدنانير؛ يقيم الرجل بها دينه ودنياه. [طب، ((الضعيفة)) (6997)]
(Munkar) Daripada Habib bin 'Abid, katanya: Aku pernah melihat al-Miqdam bin Ma'di Karib sedang duduk di pasar sementara hamba perempuan beliau sedang menjual susu, beliau duduk sambil mengambil dirham. Lalu beliau ditanya tentang perbuatan itu, lalu al-Miqdam berkata: Baginda SAW pernah bersabda: Apabila tiba akhir zaman, manusia mesti memiliki dirham dan dinar ketika itu agar seseorang itu boleh menguruskan agama dan dunianya dengan dinar dan dirham tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6997]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman