Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ يَعْلَمُ هَذَا الْمُتَخَلِّفُ عَنِ الصَّلاةِ فِي الْجَمَاعَةِ مَا لِهَذَا الْمَاشِي إِلَيْهَا لأَتَاهَا، وَلَوْ حَبْوًا عَلَى يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Abdullah Ibnu Ummi Maktum telah datang kepada Rasulullah SAW -beliau merupakan seorang yang buta yang diturunkan ayat al-Qur'an (Surah 'Abasa 1-2) disebabkan olehnya- dan beliau berkata kepada baginda SAW: "Wahai Rasulullah! Demi ayahku kamu dan ibuku, aku sepertimana yang kamu lihat, telah lanjut umurku, reput tulangku, hilang penglihatanku, dan bagiku penuntutku yang aku tidak cela cara tuntunannya, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?" Rasulullah SAW menjawab: ((Adakah kamu mendengar azan dari rumah kamu?)) Dia menjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda berkata: ((Aku tidak mendapati keringanan untukmu. Sekiranya orang yang tidak menunaikan solat berjemaah mengetahui apa yang didapati oleh orang yang berjalan menuju kepadanya (solat berjemaah) nescaya dia akan datang kepadanya walaupun dalam keadaan merangkak kedua tangan dan kaki.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1594, hadis no. 8049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz: dua kaki) Daripada Abu Umamah beliau berkata: Abdullah Ibnu Ummi Maktum telah datang kepada Rasulullah SAW -beliau merupakan seorang yang buta yang diturunkan ayat al-Qur'an (Surah 'Abasa 1-2) disebabkan olehnya- dan beliau berkata kepada baginda SAW: "Wahai Rasulullah! Demi ayahku kamu dan ibuku, aku sepertimana yang kamu lihat, telah lanjut umurku, reput tulangku, hilang penglihatanku, dan bagiku penuntutku yang aku tidak cela cara tuntunannya, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?" Rasulullah SAW menjawab: ((Adakah kamu mendengar azan dari rumah kamu?)) Dia menjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda berkata: ((Aku tidak mendapati keringanan untukmu. Sekiranya orang yang tidak menunaikan solat berjemaah mengetahui apa yang didapati oleh orang yang berjalan menuju kepadanya (solat berjemaah) nescaya dia akan datang kepadanya walaupun dalam keadaan merangkak kedua tangan dan kaki.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6722].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman