Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kepala bagi urusan ini ialah Islam

Teks Bahasa Arab

رَأْسُ هَذَا الْأَمْرِ الإسْلَامُ، وَمَنْ أَسْلَمَ سَلِمَ، وَعُمُودُهِ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ، لَا يَنَالُهُ إِلَّا أَفْضَلُهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Kepala bagi urusan ini ialah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam dia telah selamat. Tiangnya ialah solat dan puncak teratasnya ialah jihad. Tiada yang dapat mencapainya melainkan yang terbaik daripada kalangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 306, hadis no. 1614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((رأس هذا الأمر الإسلام، ومن أسلم سلم، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد، لا يناله إلا أفضلهم)). [طب، ((الضعيفة)) (5436)].

(Daif) Daripada Mu'az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Kepala bagi urusan ini ialah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam dia telah selamat. Tiangnya ialah solat dan puncak teratasnya ialah jihad. Tiada yang dapat mencapainya melainkan yang terbaik daripada kalangan mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5436].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.