Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأسُ هذا الأمرِ الإسلامُ ومن أسلمَ سلمَ وعمودُهُ الصلاةُ وذروةُ سنامهِ الجهادُ لا ينالهُ إلا أفضلُهمْ
Teks Bahasa Melayu
Kepala bagi setiap urusan adalah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam maka dia akan selamat. Tiangnya adalah solat, kemuncaknya adalah berjihad. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1010, hadis no. 5203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: رأس هذا الأمر الإسلام، ومن أسلم سلم وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد لا يناله إلا أفضلهم. [طب, الضعيفة (5436)]
(Lemah) Hadis ini diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kepala bagi setiap urusan adalah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam maka dia akan selamat. Tiangnya adalah solat, kemuncaknya adalah berjihad. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik daripada kalangan mereka. [al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhai’fah no. 5436].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman