Kendur pada muka disebabkan oleh nabiz (minuman memabukkan), kebaikan juga bertaburan disebabkan olehnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خدر الوجه من النبيذ تتناثر منه الحسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kendur pada muka disebabkan oleh nabiz (minuman memabukkan), kebaikan juga bertaburan disebabkan olehnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 401, hadis nombor 2148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن شيبة بن أبي كثير الأشجعي، عن أبيه مرفوعاً: «خدر الوجه من النبيذ تتناثر منه الحسنات». [عد، الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (3543)].

(Palsu) Daripada Umar bin Shaybah bin Abu Kathir al-Ashja’i, daripada bapanya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kendur pada muka disebabkan oleh nabiz (minuman memabukkan), kebaikan juga bertaburan disebabkan olehnya". [Riwayat Ibn ‘Adi dan al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3543].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.