Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَدَرُ الوجهِ مِنَ النَّبيذِ تتناثرُ منهُ الحسناتُ.
Teks Bahasa Melayu
Kendur pada muka disebabkan oleh nabiz (minuman memabukkan), kebaikan juga bertaburan disebabkan olehnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 401, hadis no. 2148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Umar bin Shaybah bin Abu Kathir al-Ashja’i, daripada bapanya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kendur pada muka disebabkan oleh nabiz (minuman memabukkan), kebaikan juga bertaburan disebabkan olehnya". [Riwayat Ibn ‘Adi dan al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3543].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman