Kenapa bukan anak dara? Kamu boleh menggigitnya dan dia boleh menggigit kamu

TEKS BAHASA ARAB

فهلا بكرا تعضها وتعضك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kenapa bukan anak dara? Kamu boleh menggigitnya dan dia boleh menggigit kamu (saling bergurau senda).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن كعب بن مالك -رضي الله عنه-، قال: كنت مع النبي -صلى الله عليه وسلم- في سفر، فعرست ذات ليلة، ثم غدوت على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فجعل يسأل رجلا رجلا: ((أتزوجت يا فلان؟ أتزوجت يا فلان؟)) ثم قال: ((أتزوجت يا كعب؟)) قلت: نعم يا رسول الله. قال: ((أبكر أم ثيب؟)) قلت: ثيب، قال: ((فهلا بكرا تعضها وتعضك)).
[الآجري في ((تحريم النرد والشطرنج))، ((الضعيفة)) (1629)].

(Lemah)
Daripada Ka’ab bin Malik RA dia berkata: Aku bersama Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan. Maka aku telah berkahwin pada suatu malam, kemudian pada paginya aku bersama Rasulullah SAW. Ketika itu baginda telah bertanya kepada para sahabatnya seorang demi seorang. “Adakah kamu telah berkahwin wahai fulan? Adakah kamu telah berkahwin wahai fulan?”. Kemudian baginda SAW bertanya, “Adakah kamu telah berkahwin wahai Ka’ab?” Aku menjawab: “Ya wahai Rasulullah”. Baginda bertanya lagi, “Anak dara atau janda?” Aku menjawab: “Janda”. Baginda SAW bersabda: “Kenapa bukan anak dara? Kamu boleh menggigitnya dan dia boleh menggigit kamu (saling bergurau senda)”.
[Riwayat al-Ajurri dalam Tahrim al-Nard wa al-Shatranj. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1629].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.