Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَهَلاَّ بِكْرًا تَعَضُّهَا وَتَعَضُّك.
Teks Bahasa Melayu
Kenapa bukan anak dara? Kamu boleh menggigitnya dan dia boleh menggigit kamu (saling bergurau senda).
Sahabat Perawi
- Ka’ab bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis no. 4739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن كعب بن مالك -رضي الله عنه-، قال: كنت مع النبي -صلى الله عليه وسلم- في سفر، فعرست ذات ليلة، ثم غدوت على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فجعل يسأل رجلا رجلا: أتزوجت يا فلان؟ أتزوجت يا فلان؟ ثم قال: أتزوجت يا كعب؟ قلت: نعم يا رسول الله. قال: أبكر أم ثيب؟ قلت: ثيب، قال: فهلا بكرا تعضها وتعضك. [الآجري في تحريم النرد والشطرنج، الضعيفة (1629)].
(Lemah) Daripada Ka’ab bin Malik RA dia berkata: Aku bersama Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan. Maka aku telah berkahwin pada suatu malam, kemudian pada paginya aku bersama Rasulullah SAW. Ketika itu baginda telah bertanya kepada para sahabatnya seorang demi seorang. “Adakah kamu telah berkahwin wahai fulan? Adakah kamu telah berkahwin wahai fulan?”. Kemudian baginda SAW bertanya, “Adakah kamu telah berkahwin wahai Ka’ab?” Aku menjawab: “Ya wahai Rasulullah”. Baginda bertanya lagi, “Anak dara atau janda?” Aku menjawab: “Janda”. Baginda SAW bersabda: “Kenapa bukan anak dara? Kamu boleh menggigitnya dan dia boleh menggigit kamu (saling bergurau senda)”. [Riwayat al-Ajurri dalam Tahrim al-Nard wa al-Shatranj. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1629].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman