Kenalilah tanah itu dengan nama-namanya, dan kenalilah seseorang itu dengan sahabatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اعتبر الأرض بأسمائها، واعتبر الصاحب بالصاحب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kenalilah tanah itu dengan nama-namanya, dan kenalilah seseorang itu dengan sahabatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis nombor 721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: ((اعتبر الأرض بأسمائها، واعتبر الصاحب بالصاحب.)).[عد، هب، ((الضعيفة)) (7021)]

(Mauquf Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata (disandarkan kepada sahabat Nabi SAW): Kenalilah tanah itu dengan nama-namanya, dan kenalilah seseorang itu dengan sahabatnya.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7021]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.