Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشْرِبوا أعْيُنَكُمْ منَ المَاءِ عندَ الوُضُوءِ وَلَا تَنْفضُوا أيْدِيَكُمْ فإنَّها مَراوِحُ الشَّيْطانِ.
Teks Bahasa Melayu
Kenakan air pada mata-mata kamu ketika berwudhu' dan janganlah kamu merentap-rentap tangan (untuk mengeringkan wudhu') kerana ia tiupan-tiupan syaitan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 17, hadis no. 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui riwayat al-Bakhtari bin 'Ubaid. Ibn 'Adi telah mengeluarkan hadith tersebut di bawah biografi beliau, seraya berkata: "Sesungguhnya ia munkar", demikian juga yang dikatakan oleh al-Zahabi. Saya menemui satu lagi sanad lain dalam riwayat al-Dailami melalui sanad Abu Nu'aim daripada al-Tabarani, namun saya tidak mengingati baki sanadnya. Apapun, ia palsu. Telah sahih daripada Nabi SAW bahawa Baginda merentap kedua tangan Baginda (untuk mengeringkan air), seterusnya memasukkan air ke dalam mata boleh memberikan mudarat pada mata dan Nabi SAW tidak akan menyuruh melakukan sedemikian. Ia hanyalah rekaan golongan jahil lagi melampaui batas.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman