Kenabian turun

TEKS BAHASA ARAB

أنزلت النبوة (وفي لفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kenabian turun. Lafaz yang lain menyebut: al-Quran diturunkan pada tiga tempat iaitu di Mekah, Madinah dan Syam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1951, hadis nombor 9771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أنزلت النبوة، (وفي لفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام.
[طب، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6887)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kenabian turun. Lafaz yang lain menyebut: al-Quran diturunkan pada tiga tempat iaitu di Mekah, Madinah dan Syam.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Khatib dalam al-Maudih dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs