Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُنزلتِ النبوةُ (وفي لفظٍ: أُنزلَ القرآنُ) في ثلاثة أمكنةٍ: بمكةَ، وبالمدينةِ، وبالشامِ.
Teks Bahasa Melayu
Kenabian turun. Lafaz yang lain menyebut: al-Quran diturunkan pada tiga tempat iaitu di Mekah, Madinah dan Syam.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1951, hadis no. 9771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أنزلت النبوة، (وفي لفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام. [طب، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6887)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kenabian turun. Lafaz yang lain menyebut: al-Quran diturunkan pada tiga tempat iaitu di Mekah, Madinah dan Syam. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Khatib dalam al-Maudih dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6887]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman