TEKS BAHASA ARAB
هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kemusnahan umatku adalah pada perkara asabiyyah, perkara qadariyyah, dan periwayatan (hadis) yang tidak tsabit.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis nombor 2527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت)). [طب، عق، ابن أبي عاصم، أبوالعباس الأصم في ((حديثه))، أبو الحسن القاضي الشريف في ((مشيخته))، أبو نعيم في ((المستخرج على صحيح مسلم))، عد، اللالكائي، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، الدولابي، ((الضعيفة)) (3406)]
(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kemusnahan umatku adalah pada perkara asabiyyah, perkara qadariyyah, dan periwayatan (hadis) yang tidak tsabit.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-‘Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibnu Abi ‘Asim , Abu al-‘Abbas al-Assam dalam Hadis beliau, Abu Hasan al-Qadhi al-Syarif dalam Masyikhatihi, Abu Nu’aym dalam al-Mustakhraj ‘ala Sohih Muslim, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-La'likai, al-Ramahurmuzi dalam kitab al-Muhaddis al-Fasl, al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3406]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.