Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kemusnahan umat Islam adalah pada perkara asabiyyah, perkara qadariyyah, dan periwayatan (hadis) yang tidak tsabit

Teks Bahasa Arab

هَلَاكُ أُمَّتِي في العَصَبِيَّةِ والقَدَرِيَّةِ والرِّوَايَةِ من غيرِ ثَبْتٍ.

Teks Bahasa Melayu

Kemusnahan umatku adalah pada perkara asabiyyah, perkara qadariyyah, dan periwayatan (hadis) yang tidak tsabit.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis no. 2527.

‌(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت)). [طب، عق، ابن أبي عاصم، أبوالعباس الأصم في ((حديثه))، أبو الحسن القاضي الشريف في ((مشيخته))، أبو نعيم في ((المستخرج على صحيح مسلم))، عد، اللالكائي، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، الدولابي، ((الضعيفة)) (3406)]

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kemusnahan umatku adalah pada perkara asabiyyah, perkara qadariyyah, dan periwayatan (hadis) yang tidak tsabit. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-‘Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibnu Abi ‘Asim , Abu al-‘Abbas al-Asim dalam Hadis beliau, Abu Hasan al-Qadhi al-Syarif dalam Masyikhatihi, Abu Nu’aym dalam al-Mustakhraj ‘ala Sohih Muslim, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-La'lukai, al-Ramharmuzi dalam kitab al-Muhaddisu al-Fasl, al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3406]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.