TEKS BAHASA ARAB
أول الأرضين خرابا، يسراها ثم يمناها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bumi pertama yang akan musnah adalah bahagian kirinya kemudian barulah bahagian kanannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis nombor 6717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جرير بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: أول الأرضين خرابا، يسراها ثم يمناها.
[تمام، ابن جميع في ((المعجم))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١٦٥٩)].
(Lemah)
Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bumi pertama yang akan musnah adalah bahagian kirinya kemudian barulah bahagian kanannya.
[Riwayat Tammam, Ibn Jami' dalam al-Mu'jam, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1659].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.