Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kemusnahan bumi pada bahagian kiri dan kanan

Teks Bahasa Arab

أولُ الأرَضِينَ خَرابًا، يُسْرَاها ثم يُمْناها.

Teks Bahasa Melayu

Bumi pertama yang akan musnah adalah bahagian kirinya kemudian barulah bahagian kanannya.

Sahabat Perawi

  1. Jarir bin Abdullah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis no. 6717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جرير بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: أول الأرضين خرابا، يسراها ثم يمناها. [تمام، ابن جميع في ((المعجم))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١٦٥٩)].

(Lemah) Daripada Jarir bin 'Abdillah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Bumi pertama yang akan musnah adalah bahagian kirinya kemudian barulah bahagian kanannya. [Riwayat Tammam, Ibn Jami' dalam al-Mu'jam, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1659].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.