Kemurkaan yang besar di sisi Allah ialah makan ketika tidak lapar

TEKS BAHASA ARAB

كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر، والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemurkaan yang besar di sisi Allah ialah makan ketika tidak lapar, tidur tanpa berjaga malam, ketawa tanpa kagum, meratap ketika musibah dan (tiupan) seruling ketika nikmat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis nombor 2200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ قال: «كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر، والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة». [الخلعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (4086)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, daripada Nabi ﷺ: "Kemurkaan yang besar di sisi Allah ialah makan ketika tidak lapar, tidur tanpa berjaga malam, ketawa tanpa kagum, meratap ketika musibah dan (tiupan) seruling ketika nikmat". [Riwayat al-Khila’i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4086].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs