Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كبُرَ مقتًا عندَ اللَّهِ: الأَكْلُ مِن غيرِ جوعٍ، والنَّومُ من غيرِ سَهَرٍ، والضَّحِكُ من غيرِ عَجبٍ، والرَّنَّةِ عندَ المصيبةِ، والمزمارُ عند النِّعمةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kemurkaan yang besar di sisi Allah ialah makan ketika tidak lapar, tidur tanpa berjaga malam, ketawa tanpa kagum, meratap ketika musibah dan (tiupan) seruling ketika nikmat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Amr bin al-'As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis no. 2200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما - عن النبي ﷺ قال: «كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر، والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة». [الخلعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (4086)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, daripada Nabi ﷺ: "Kemurkaan yang besar di sisi Allah ialah makan ketika tidak lapar, tidur tanpa berjaga malam, ketawa tanpa kagum, meratap ketika musibah dan (tiupan) seruling ketika nikmat". [Riwayat al-Khila’i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4086].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman