TEKS BAHASA ARAB
يكون بعدي اثنا عشر خليفة: أبو بكر الصديق لا يلبث بعدي إلا قليلاً، وصاحب وحي داره، يعيش حميداً ويموت شهيداً، قيل: من هو يا رسول الله؟! قال: عمر بن الخطاب رضي الله عنه، ثم التفت إلى عثمان فقال: وأنت سيسألك الناس أن تخلع قميصاً كساك الله عز وجل، والذي نفسي بيده! لئن خلعته؛ لا تدخل الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr tidak hidup lama selepasku kecuali sebentar, orang yang memiliki alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid. Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasullullah? Baginda bersabda: ‘Umar bin al-Khattab RA, kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: Manusia akan meminta kamu menanggalkan pakaian yang telah Allah kurniakan kepadamu. Demi jiwaku yang berada di tanganNya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan memasuki syurga sehinggalah unta memasuki lubang jarum.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 705, hadis nombor 3609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: يكون بعدي اثنا عشر خليفة: أبو بكر الصديق لا يلبث بعدي إلا قليلاً، وصاحب وحي داره، يعيش حميداً ويموت شهيداً، قيل: من هو يا رسول الله؟! قال: عمر بن الخطاب رضي الله عنه، ثم التفت إلى عثمان فقال: وأنت سيسألك الناس أن تخلع قميصاً كساك الله عز وجل، والذي نفسي بيده! لئن خلعته؛ لا تدخل الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط.
[طب، ((الضعيفة)) (6556)].
(Munkar)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr tidak hidup lama selepasku kecuali sebentar, orang yang memiliki alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid. Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasullullah? Baginda bersabda: ‘Umar bin al-Khattab RA, kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: Manusia akan meminta kamu menanggalkan pakaian yang telah Allah kurniakan kepadamu. Demi jiwaku yang berada di tanganNya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan memasuki syurga sehinggalah unta memasuki lubang jarum.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6556].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.