Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَخْرُجُ الدَّجَّالُ في خِفَّةٍ من الدِّينِ، وإدبارٍ من العلمِ، وله أربعون يومًا يَسِيحُها، اليومُ منها كالسنةِ، واليومُ كالشهرِ، واليومُ كالجُمُعةِ، ثم سائرُ أيامِهِ مثلُ أيامِكم، وله حمارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ ما بين أُذُنَيْهِ أربعون ذراعًا، يأتي الناسَ، فيقول: أنَا ربُّكم، وإن ربَّكم ليس بأَعْوَرَ، مكتوبٌ بين عَيْنَيْهِ ك ف ر، يَقْرَأُهُ كلُّ مؤمنٍ، كاتبٌ وغيرُ كاتبٍ، يَمُرُّ بكلِّ ماءٍ ومَنْهَلٍ، إلا المدينةَ ومكةَ، حَرَّمَهُما اللهُ عليه، وقامتِ الملائكةُ بأبوابِهِما.
Teks Bahasa Melayu
Al-Dajjal akan keluar ketika agama diremehkan, ilmu ditinggalkan. Al-Dajjal mempunyai masa selama 40 hari untuk beliau lalui. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti hari Jumaat, kemudian hari-hari lain adalah seperti hari-hari kamu. Al-Dajjal memiliki keldai yang dia tunggangi, luas antara dua telinganya adalah sejauh 40 hasta. Dia akan datang kepada orang ramai lalu berkata: Aku adalah Tuhan kamu, sedangkan Tuhan kamu tidak buta mata (mata sebelah). Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa' Ra' (dalam tulisan arab), setiap orang mukmin boleh membacanya samada dia celik huruf (penulis) atau buta huruf. Al-Dajjal akan melintasi semua air dan sumber air kecuali Madinah dan Mekah, Allah mengharamkan kedua tempat tersebut kepada al-Dajjal (daripada dijejakinya), dan para malaikat berdiri di pintu-pintunya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1318, hadis no. 6728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه، عن النبي ﷺ قال: يخرج الدجال في خفة من الدين، وإدبار من العلم، وله أربعون يوما يسيحها، اليوم منها كالسنة، واليوم كالشهر، واليوم كالجمعة، ثم سائر أيامه مثل أيامكم، وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه أربعون ذراعا، يأتي الناس، فيقول: أنا ربكم وإن ربكم ليس بأعور، مكتوب بين عينيه ك ف ر، يقرأه كل مؤمن، كاتب وغير كاتب، يمر بكل ماء ومنهل، إلا المدينة ومكة، حرمهما الله عليه، وقامت الملائكة بأبوابهما. [حم، ابن خزيمة في ((التوحيد))، ك، ((الضعيفة)) (١٩٦٩)].
(Lemah) Daripada Jabir RA daripada Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: Al-Dajjal akan keluar ketika agama diremehkan, ilmu ditinggalkan. Al-Dajjal mempunyai masa selama 40 hari untuk beliau lalui. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti hari Jumaat, kemudian hari-hari lain adalah seperti hari-hari kamu. Al-Dajjal memiliki keldai yang dia tunggangi, luas antara dua telinganya adalah sejauh 40 hasta. Dia akan datang kepada orang ramai lalu berkata: Aku adalah Tuhan kamu, sedangkan Tuhan kamu tidak buta mata (mata sebelah). Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa' Ra' (dalam tulisan arab), setiap orang mukmin boleh membacanya samada dia celik huruf (penulis) atau buta huruf. Al-Dajjal akan melintasi semua air dan sumber air kecuali Madinah dan Mekah, Allah mengharamkan kedua tempat tersebut kepada al-Dajjal (daripada dijejakinya), dan para malaikat berdiri di pintu-pintunya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Khuzaimah dalam al-Tawhid, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1969].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman