Kemunculan Dajal beserta pengikut-pengikutnya golongan Yahudi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يخرج الدجال على حمار أقمر، ما بين أذنيه سبعون عاما، معه سبعون ألف يهودي عليهم الطيالسة بالحضر، حتى ينزلوا كوم ابن الحمراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Dajjal akan keluar bersama keldai putih, jarak antara kedua telinganya adalah sejauh 70 tahun (perjalanan), bersamanya (al-Dajjal) seramai 70 ribu golongan Yahudi yang memakai tayalis (sejenis pakaian kaum Yahudi) berwarna hijau dari tempat tinggal mereka hingga sampai di dataran tinggi Ibn al-Hamra’.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1318, hadis nombor 6727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يخرج الدجال على حمار أقمر، ما بين أذنيه سبعون عاما، معه سبعون ألف يهودي عليهم الطيالسة بالحضر، حتى ينزلوا كوم ابن الحمراء.
[ابن رشيق في ((المنتقى من الأمالي))، ((الضعيفة) (١٩٦٨)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Dajjal akan keluar bersama keldai putih, jarak antara kedua telinganya adalah sejauh 70 tahun (perjalanan), bersamanya (al-Dajjal) seramai 70 ribu golongan Yahudi yang memakai tayalis (sejenis pakaian kaum Yahudi) berwarna hijau dari tempat tinggal mereka hingga sampai di dataran tinggi Ibn al-Hamra’.
[Riwayat Ibn Rashiq dalam al-Muntaqa Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1968].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.