Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَخرجُ الدجالُ على حِمارٍ أقمرَ، ما بين أُذُنَيْه سبعونَ عامًا، مَعَهُ سبعونَ ألفَ يهودِيٍّ عليهِمُ الطَّيالِسَةُ بالحَضَرِ، حتى يَنزلوا كَوْمَ ابنِ الحمراءِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Dajjal akan keluar bersama keldai putih, jarak antara kedua telinganya adalah sejauh 70 tahun (perjalanan), bersamanya (al-Dajjal) seramai 70 ribu golongan Yahudi yang memakai tayalis (sejenis pakaian kaum Yahudi) berwarna hijau dari tempat tinggal mereka hingga sampai di dataran tinggi Ibn al-Hamra'.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1318, hadis no. 6727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يخرج الدجال على حمار أقمر، ما بين أذنيه سبعون عاما، معه سبعون ألف يهودي عليهم الطيالسة بالحضر، حتى ينزلوا كوم ابن الحمراء. [ابن رشيق في ((المنتقى من الأمالي))، ((الضعيفة) (١٩٦٨)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Dajjal akan keluar bersama keldai putih, jarak antara kedua telinganya adalah sejauh 70 tahun (perjalanan), bersamanya (al-Dajjal) seramai 70 ribu golongan Yahudi yang memakai tayalis (sejenis pakaian kaum Yahudi) berwarna hijau dari tempat tinggal mereka hingga sampai di dataran tinggi Ibn al-Hamra'. [Riwayat Ibn Rashiq dalam al-Muntaqa Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1968].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman