Kemuliaan terletak pada perbuatan saling menyambung silaturrahim, bersedekah dan sentiasa memaafkan

TEKS BAHASA ARAB

الفضل في أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، وتعفو عمن ظلمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemuliaan itu pada perbuatan menyambungkan hubungan bersama dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, dan memberi kepada mereka yang enggan memberi kepada kamu, serta memaafkan sesiapa yang menzalimi dirimu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis nombor 577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عطاء بن أبي رباح، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: الفضل في أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، وتعفو عمن ظلمك.
[وكيع في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (5912)]

(Lemah)
Daripada ‘Aṭa’ ibn Abu Rabaḥ telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemuliaan itu pada perbuatan menyambungkan hubungan bersama dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, dan memberi kepada mereka yang enggan memberi kepada kamu, serta memaafkan sesiapa yang menzalimi dirimu.
[Riwayat Wakī‘ dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5912]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs