Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kemuliaan terletak pada perbuatan saling menyambung silaturrahim, bersedekah dan sentiasa memaafkan

Teks Bahasa Arab

الفَضْلُ فِي أَنْ تَصِلَ مَنْ قَطَعَكَ، وتُعْطِيَ مَنْ حَرَمَكَ، وتَعْفُوَ عَمَّنْ ظَلَمَكَ.

Teks Bahasa Melayu

Kemuliaan itu pada perbuatan menyambungkan hubungan bersama dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, dan memberi kepada mereka yang enggan memberi kepada kamu, serta memaafkan sesiapa yang menzalimi dirimu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aṭa’ bin Abu Rabaḥ

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis no. 577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء بن أبي رباح، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: الفضل في أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، وتعفو عمن ظلمك. [وكيع في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (5912)]

(Daif) Daripada ‘Aṭa’ ibn Abu Rabaḥ telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemuliaan itu pada perbuatan menyambungkan hubungan bersama dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, dan memberi kepada mereka yang enggan memberi kepada kamu, serta memaafkan sesiapa yang menzalimi dirimu. [Riwayat Wakī‘ dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5912]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.