Kemuliaan seseorang manusia ialah pada ketakwaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كرم المرء تقواه، ومروءته عقله، ‌وحسبه ‌خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemuliaan seseorang manusia ialah pada ketakwaannya, maruahnya ialah akalnya dan keluhurannya ialah akhlaknya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis nombor 3334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنها -، قال: قال ﷺ كرم المرء تقواه، ومروءته عقله، وحسبه خلقه» " . [الأصبهاني «الضعيفة» (6885)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasululllah SAW bersabda: “Kemuliaan seseorang manusia ialah pada ketakwaannya, maruahnya ialah akalnya dan keluhurannya ialah akhlaknya.” [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6885]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.