Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كرمُ المرءِ تقواهُ، ومروءتُه عقلُه، وحسبُه خُلقُه.
Teks Bahasa Melayu
Kemuliaan seseorang manusia ialah pada ketakwaannya, maruahnya ialah akalnya dan keluhurannya ialah akhlaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis no. 3334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنها -، قال: قال ﷺ كرم المرء تقواه، ومروءته عقله، وحسبه خلقه» " . [الأصبهاني «الضعيفة» (6885)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasululllah SAW bersabda: “Kemuliaan seseorang manusia ialah pada ketakwaannya, maruahnya ialah akalnya dan keluhurannya ialah akhlaknya.” [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6885]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman