Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kemuliaan seseorang itu terletak pada takwanya

Teks Bahasa Arab

كرمُ المرءِ تقواهُ، ومروءتُه عقلُه، وحسبُه خُلقُه.

Teks Bahasa Melayu

Kemuliaan seseorang itu terletak pada takwanya, maruahnya terletak pada akalnya dan kedudukannya pula bergantung pada akhlaknya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1960, hadis no. 9807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: كرم المرء تقواه، ومروءته عقله، وحسبه خلقه. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6885)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemuliaan seseorang itu terletak pada takwanya, maruahnya terletak pada akalnya dan kedudukannya pula bergantung pada akhlaknya. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6885]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.