Kemuliaan seseorang adalah agamanya, maruahnya adalah akalnya dan kedudukannya adalah akhlaknya

TEKS BAHASA ARAB

كرم المرء دينه، ومروءته عقله، وحسبه خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemuliaan seseorang adalah agamanya, maruahnya adalah akalnya dan kedudukannya adalah akhlaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2000, hadis nombor 10028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعاً: كرم المرء دينه، ومروءته عقله، وحسبه خلقه.
[حب، حم، البغوي في ((الجعديات))، ابن أبي الدنيا في ((العقل وفضله))، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، قط، ك، هـب، هق، الفضاعي، ((الضعيفة)) (2369)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, -diriwayat secara marfu’-: Kemuliaan seseorang adalah agamanya, maruahnya adalah akalnya dan kedudukannya adalah akhlaknya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Baghawi dalam al-Ja`diyyat, Ibn Abu al-Dunya dalam al-‘Aql Wa Fadluhu, al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlaq, Sunan al-Daraqutni, Mustadrak al-Hakim, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi dan al-Qadha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2369]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs