Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَرَامَةُ الكِتابِ خَتْمُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Kemuliaan sesebuah penulisan adalah dengan (cincin) mengecopnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis no. 1100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((كرامة الكتاب ختمه)). [أبو الحسين الأصفهاني في ((المنتقى من الجزء الثاني من الفوائد))، الثعالبي في ((تفسيره))، القضاعي، ((الضعيفة)) (4231)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kemuliaan sesebuah penulisan adalah dengan (cincin) mengecopnya. [Riwayat Abu al-Husain al-Asfahani dalam al-Muntaqa Min al-Juz’ al-Tsani Min al-Fawa’id, al-Tsa’alibi dalam Tafsirnya dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4231]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman