Kemuliaan seorang mukmin adalah solatnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: شرف المؤمن صلاته بالليل، وعزه استغناؤه عما في أيدي الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kemuliaan seorang mukmin adalah solatnya di waktu malam dan kehebatannya ialah merasa cukup daripada apa yang dimiliki oleh manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 103, hadis nombor 276. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: موضوع، وأقروه.

Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Mereka turut bersetuju dengan Ibn al-Jauzi.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.