TEKS BAHASA ARAB
حديث: "شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ امْتِنَاعُهُ عَمَّا فِي أَيْدِي النَّاسِ"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Kemuliaan seorang mukmin adalah pada solat malamnya dan kehebatannya apabila dia menahan diri daripada apa yang dimiliki oleh manusia
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 33, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع
والمتهم: به داود بن عثمان الثغري, وذكر له في اللآلىء شواهد
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu.
Perawi bernama Dawud bin Uthman al-Saghri dituduh berdusta, al-Suyuthi menyebutkan bagi perawi tersebut di dalam kitab al-Lali’ riwayat sokongan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.