Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kemuliaan seorang mukmin adalah pada solat malamnya

Teks Bahasa Arab

حديث: "شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ امْتِنَاعُهُ عَمَّا فِي أَيْدِي النَّاسِ"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kemuliaan seorang mukmin adalah pada solat malamnya dan kehebatannya apabila dia menahan diri daripada apa yang dimiliki oleh manusia

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 33, hadis no. 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع والمتهم: به داود بن عثمان الثغري, وذكر له في اللآلىء شواهد

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu. Perawi bernama Dawud bin Uthman al-Saghri dituduh berdusta, al-Suyuthi menyebutkan bagi perawi tersebut di dalam kitab al-Lali’ riwayat sokongan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.