Kemuliaan para ulama di sisi Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

من زار العلماء فكأنما زارني، ومن صافح العلماء فكأنما صافحني، ومن جالس العلماء فكأنما جالسني، ومن جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menziarahi ulama maka seolah-olah dia telah menziarahiku. Sesiapa yang bersalaman dengan para ulama maka seolah-olah dia telah bersalaman denganku, sesiapa yang duduk bersama ulama maka seolah-olah dia duduk bersamaku dan sesiapa yang duduk bersamaku di dunia maka dia pasti akan didudukkan kepadaku pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264, hadis nombor 6459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من زار العلماء فكأنما زارني، ومن صافح العلماء فكأنما صافحني، ومن جالس العلماء فكأنما جالسني، ومن جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3333)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi ulama maka seolah-olah dia telah menziarahiku. Sesiapa yang bersalaman dengan para ulama maka seolah-olah dia telah bersalaman denganku, sesiapa yang duduk bersama ulama maka seolah-olah dia duduk bersamaku dan sesiapa yang duduk bersamaku di dunia maka dia pasti akan didudukkan kepadaku pada hari kiamat.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.