TEKS BAHASA ARAB
حديث: العز مقسوم، وطالب العز مغموم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Kemuliaan dibahagi-bahagikan (kepada manusia). Orang yang mencari kemuliaan ditimpa kesedihan.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 119, hadis nombor 331. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
روي عن أنس مرفوعا، قال الزرقاني: لا أصل له.
Diriwayatkan daripada Anas secara marfu’. Al-Zurqani berkata: Tiada asalnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.