Tidak sahih tetapi terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شرف المؤمن قيامه بالليل وعزه استغناؤه عن الناس.
Teks Bahasa Melayu
Kemuliaan bagi orang mukmin adalah ketika dia bangun malam. Ia merupakan satu kebanggaan dan tanda dia tidak memerlukan bantuan manusia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tidak sahih tetapi terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وروي عن أنس «شرف المؤمن قيامه بالليل وعزه استغناؤه عن الناس» لا يصح المتهم به داود قلت لم ينفرد به بل توبع مع أن له شواهد: خلاصة قال الصغاني موضوع، وفي الوجيز هو حديث أبي هريرة وفيه داود بن عثمان حدث بالبواطيل: قلت قد توبع وشاهده ما أخرجه البخاري في تاريخه عن صهيب وحديث سهل بن سعد.
Diriwayatkan daripada Anas: “Kemuliaan bagi orang mukmin adalah ketika dia bangun malam. Ia merupakan satu kebanggaan dan tanda dia tidak memerlukan bantuan manusia.” Hadith tidak sahih. Daud adalah perawi yang dituduh berdusta. Aku katakan: Beliau tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini. Ia disokong oleh beberapa riwayat. Dalam kitab al-Khulasah menyebut: al-Saghani berkata: Ia adalah hadith palsu. Di dalam kitab al-Wajiz: Ia hadith daripada Abu Hurairah. Di dalam sanadnya terdapat Daud Bin Uthman. Beliau banyak meriwayatkan hadith-hadith yang batil. Aku katakan: Ia disokong dengan pelbagai riwayat. Antaranya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitabnya al-Tarikh daripada Suhaib dan hadith Sahl Bin Sa’ad.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman