Kemudian Nabi mendatangi isterinya dalam keadaan duduk

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اجتلى النساء أقعى وقبل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemudian Nabi mendatangi isterinya dalam keadaan duduk bercangkung lalu menepuk agar dapat mengucupnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 927, hadis nombor 4765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أُسيد – رضي الله عنه -، قال: تزوج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – امرأة من الجون، فأمرني أن آتيه بها، فأتيته بها، فأنزلتها بالشوط من وراء ذباب في أُطم، ثم أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت: يا رسول الله! قد جئتك بأهلك، فخرج يمشي وأنا معه، فلما أتاها أقعى، وأهو ى ليقبلها، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اجتلى النساء أقعى وقبل. فقالت: أعوذ بالله منك، فقال: ((لقد عذت معاذا))، فأمرني أن أردها إلى أهلها، ففعلت.
[ابن سعد، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (2144)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abi Asid RA berkata: Rasulullah SAW pernah mengahwini seorang wanita daripada kaum al-Jun. Baginda memerintahkan aku untuk membawanya kepada perempuan tersebut. Maka aku pun membawanya bersama, kemudian aku menurunkannya di taman bernama al Syaut yang berada di belakang bukit Zubab di suatu kubu, lalu aku mendatangi Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah bawakan bersama keluargamu. Kemudian baginda pun keluar dan berjalan bersamaku. Kemudian Nabi mendatangi isterinya dalam keadaan duduk bercangkung lalu menepuk agar dapat mengucupnya. Ketika itu, isterinya berkata, "Aku berlindung kepada Allah dari kamu." Lalu Nabi pun berkata, "Kamu telah berlindung dengan Orang yang memberi perlindungan”. Setelah itu, baginda memerintahkan aku untuk mengembalikan wanita tersebut kepada keluarganya, maka aku pun melakukannya.
[Riwayat Ibn Saad, dan al-Tahawi dalam al Musykil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2144].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs