Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضَّرَار في الوَصِيّةِ مِنْ الكَبَائِر.
Teks Bahasa Melayu
Kemudaratan dalam wasiat adalah dari dosa besar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis no. 4156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((الضرار في الوصية من الكبائر)). [الطبري، ابن أبي حاتم، عق، هق، ((الضعيفة)) (5907)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kemudaratan dalam wasiat adalah dari dosa besar. [Riwayat al-Tabari dalam Tafsirnya, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5907]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman