Kemenyan adalah wewangianku, dan wewangian para malaikat, ia menghalau syaitan-syaitan

TEKS BAHASA ARAB

الكندر طيبي وطيب الملائكة وإنها منفرة للشياطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Kemenyan adalah wewangianku, dan wewangian para malaikat, ia menghalau syaitan-syaitan”.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 144, hadis nombor 419. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: الكندر طيبي وَطيب الْمَلَائِكَة، وَإِنَّهَا منفرة للشياطين. قَالَ ابْن الديبع: أخرجه الديلمي معضلا، وَلَا يَصح.

Hadith: “Kemenyan adalah wewangianku, dan wewangian para malaikat, ia menghalau syaitan-syaitan”.
Ibn al-Daiba’ berkata: al-Dailami meriwayatkan secara mu’dhal (terputus sanadnya berturut-turut), tidak sahih.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs