TEKS BAHASA ARAB
ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده، لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kembalilah! Mandikanlah dia, kafankan dia, solatlah ke atasnya dan kebumikanlah dia. Demi Tuhan diriku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya hampir sahaja malaikat menghalang di antaraku dan dia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1762, hadis nombor 8872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ أَبِي شُمَيلَةَ أَتى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلَى قُبَاءَ؛ فَاسْتَقْبَلَهُ رَهْطٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَحْمِلُونَ جِنَازَةً عَلَى بَابٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَا هَذَا؟))، قَالُوا: مَمْلُوكٌ لِآلِ فُلَانٍ كَانَ مِنْ أَمْرِهِ، قَالَ: ((أَكَانَ يَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ؟))، قَالُوا: نَعَمْ، وَلَكِنَّهُ كَانَ وَكَانَ. فَقَالَ: ((أَمَا كَانَ يُصَلِّي؟)) فَقَالُوا: قَدْ كَانَ يُصَلِّي وَيَدَعُ. فَقَالَ لَهُمْ: ((ارْجِعُوا بِهِ فَاغسِلُوهُ وَكَفِّنُوهُ، وَصَلُّوا عَلَيْهِ وَادْفِنُوهُ، وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ كَادَتْ الْمَلَائِكَةُ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَهُ.)) [علّقه ابن قدامة في ((المغني)) على ((الخلال)) في ((حامعه))، ((الضعيفة)) (6036).]
(Munkar)
Daripada Abu Shumailah RA beliau berkata: Nabi SAW telah datang ke Quba’, lalu Baginda bertemu sekumpulan Ansar membawa jenazah di pintu. Maka Baginda berkata: Apa ini? Mereka menjawab: Hamba kepada seorang dan ia merupakan arahannya. Baginda berkata: Adakah dia mengucapkan syahadah (tiada Tuhan melainkan Allah)? Mereka menjawab: Ya, tetapi dia itu dan ini. Baginda bertanya lagi: Adakah dia solat? Mereka menjawab: Dia pernah solat tetapi pernah juga dia tinggalkan. Baginda berkata kepada mereka: ((Pulanglah! Mandikanlah dia, kafankan dia, solatlah ke atasnya dan kebumikanlah dia. Demi Tuhan diriku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya hampir sahaja malaikat menghalang di antaraku dan dia.))
[Riwayat Ibn Qudamah, beliau mengta’liqnya dalam al-Mughni ke atas al-Khilal fi Jami’ihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6036].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.