Kembalilah kalian bersamanya! Mandikan dia, kafankan dia, solatkan dia dan kebumikan dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده! لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalilah kalian bersamanya! Mandikan dia, kafankan dia, solatkan dia dan kebumikan dia. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya hampir sahaja malaikat menghalang di antaraku dan dia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis nombor 2819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي شميلة – رضي الله عنه -، قال: أتى النبي ﷺ إلى قباء؛ فاستقبله رهط من الأنصار يحملون جنازة على باب، فقال النبي ﷺ: «ما هذا؟» قالوا: مملوك لآل فلان كان من أمره، قال: «أكان يشهد أن لا إله إلا الله؟» قالوا: نعم، ولكنه كان وكان، فقال: «أما كان يصلي؟» فقالوا: قد كان يصلي ويدع! فقال لهم: «ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده! لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه». [الخلال في «جامعه»، «الضعيفة» (6036)].

(Munkar) Daripada Abū Shumaylah RA telah berkata: Nabi ﷺ datang ke Quba’ dan baginda disambut oleh sekumpulan kaum Ansar yang sedang mengusung jenazah di pintu. Maka Nabi ﷺ bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Seorang hamba milik si polan daripada arahannya.” Baginda bertanya: “Adakah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi dia begini dan begitu.” Maka Baginda bertanya: “Adakah dia menunaikan solat?” Mereka telah menjawab: “Dia pernah menunaikan solat dan dia pernah meninggalkannya” Maka Baginda bersabda kepada mereka: “Kembalilah kalian bersamanya! Mandikan dia, kafankan dia, solatkan dia dan kebumikan dia. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya hampir sahaja malaikat menghalang di antaraku dan dia”. [Riwayat al-Khallāl dalam Jāmi‘nya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6036].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.