Kembalikan dia kepada tuannya, mandikan dia dan kafankan dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده! لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalikan dia kepada tuannya, mandikan dia dan kafankan dia. Kemudian tunaikan solat ke atasnya dan kebumikan dia. Demi nyawa aku yang berada di genggamanNya. Malaikat hampir menghalang antara aku dan dia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1920 hadis nombor 9644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي شميلة رضي الله عنه، قال: أتى النبي صلى الله عليه وسلم إلى قباء؛ فاستقبله رهط من الأنصار يحملون جنازة على باب، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ما هذا؟ قالوا: مملوك لآل فلان كان من أمره، قال: أكان يشهد أن لا إله إلا الله؟ قالوا: نعم، ولكنه كان وكان. فقال: أما كان يصلي؟ فقالوا: قد كان يصلي ويدع. فقال لهم: ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده، لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه.
[علقه ابن قدامة المقدسي في ((المغني)) عن الخلال في ((جامعه))، ((الضعيفة)) (6036]

(Munkar)
Daripada Abu Syumailah RA, beliau berkata: Nabi SAW datang ke Quba‘, lalu ada beberapa orang daripada Ansar datang bertemu Baginda. Mereka membawa jenazah di pintu. Nabi SAW bersabda: Apakah ini? Mereka berkata: Hamba kepada keluarga si fulan. Ini adalah daripada perintahnya. Nabi SAW bersabda: Adakah dia bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah? Mereka berkata: Ya akan tetapi dia begini dan begitu. Nabi SAW bersabda: Adakah dia menunaikan solat? Mereka berkata: Dia menunaikan solat dan kadang-kadang meninggalkannya. Nabi bersabda kepada mereka: Kembalikan dia kepada tuannya, mandikan dia dan kafankan dia. Kemudian tunaikan solat ke atasnya dan kebumikan dia. Demi nyawa aku yang berada di genggamanNya. Malaikat hampir menghalang antara aku dan dia.
[Riwayat Ibn Qudamah al-Maqdisi mengulas dalam al-Mughniy mengenai al-Khilal dalam Jami’ah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.