Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ارْجِعُوا بِهِ فَاغسِلُوهُ وَكَفِّنُوهُ، وَصَلُّوا عَلَيْهِ وَادْفِنُوهُ، وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَقَدْ كَادَتْ الْمَلَائِكَةُ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Kembalikan dia kepada tuannya, mandikan dia dan kafankan dia. Kemudian tunaikan solat ke atasnya dan kebumikan dia. Demi nyawa aku yang berada di genggamanNya. Malaikat hampir menghalang antara aku dan dia.
Sahabat Perawi
- Abu Syumailah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1920, hadis no. 9644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu Syumailah RA, beliau berkata: Nabi SAW datang ke Quba‘, lalu ada beberapa orang daripada Ansar datang bertemu Baginda. Mereka membawa jenazah di pintu. Nabi SAW bersabda: Apakah ini? Mereka berkata: Hamba kepada keluarga si fulan. Ini adalah daripada perintahnya. Nabi SAW bersabda: Adakah dia bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah? Mereka berkata: Ya akan tetapi dia begini dan begitu. Nabi SAW bersabda: Adakah dia menunaikan solat? Mereka berkata: Dia menunaikan solat dan kadang-kadang meninggalkannya. Nabi bersabda kepada mereka: Kembalikan dia kepada tuannya, mandikan dia dan kafankan dia. Kemudian tunaikan solat ke atasnya dan kebumikan dia. Demi nyawa aku yang berada di genggamanNya. Malaikat hampir menghalang antara aku dan dia. [Riwayat Ibn Qudamah al-Maqdisi mengulas dalam al-Mughniy mengenai al-Khilal dalam Jami’ah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6036]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman