Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik

Teks Bahasa Arab

الرُّجُوعُ إِلَى الْحَقِّ خَيْرٌ مِنَ التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ.

Teks Bahasa Melayu

Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik berbanding berterusan dalam kebatilan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 42, hadis no. 156. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال عمر في كتابه إلى عبد الله بن قيس في آداب القضاء لا يمنعك قضاء قضيته فراجعت فيه عقلك فهديت لرشدك أن ترجع إلى الحق فإن الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل.

Umar menyebutkan dalam tulisan beliau kepada 'Abdillah bin Qais berkenaan adab-adab Qadhi: "Keputusan yang telah kamu putuskan, janganlah ia menghalangmu untuk kamu merujuk kembali akalmu dalam keputusan tersebut. Lalu kamu mendapat petunjuk yang memandu kamu untuk kembali kepada kebenaran, kerana sesungguhnya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik berbanding berterusan dalam kebatilan".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.