Kematian orang dagang (jauh dari tanah air) adalah syahid

TEKS BAHASA ARAB

موت الغريب شهادة، إذا احتضر فرمى ببصره عن يمينه وعن يساره فلم ير إلا غريبا، وذكر أهله وولده، وتنفس، فله بكل نفس يتنفسه يمحو الله عنه ألفي ألف سيئة، ويكتب له ألفي ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian orang dagang (jauh dari tanah air) dikira sebagai syahid, ketika dia nazak dan pandangannya dilontarkan ke kanan dan kiri, dia tidak melihat melainkan orang asing serta mengingati keluarganya dan anaknya, lalu dia menghembuskan nafas, maka dengan setiap hembusan nafasnya, Allah akan memadam daripadanya dua juta kejahatan dan menuliskan baginya dua juta kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((موت الغريب شهادة، إذا احتضر فرمى ببصره عن يمينه وعن يساره فلم ير إلا غريبا، وذكر أهله وولده، وتنفس، فله بكل نفس يتنفسه يمحو الله عنه ألفي ألف سيئة، ويكتب له ألفي ألف حسنة.)) [طب، ((الضعيفة)) (425)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RHUMA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kematian orang dagang (jauh dari tanah air) dikira sebagai syahid, ketika dia nazak dan penglihatannya dilontarkan ke kanan dan kiri, dia tidak melihat melainkan orang asing serta mengingati keluarganya dan anaknya, lalu dia menghembuskan nafas, maka dengan setiap hembusan nafasnya, Allah akan memadam daripadanya dua juta kejahatan dan menuliskan baginya dua juta kebaikan.))
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 425].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.