Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
موتُ الغريبِ شَهادةٌ ، إذا احتُضِرَ، فرمى ببصرِهِ عن يمينِهِ وعن يسارِهِ، فلم يرَ إلَّا غَريبًا، وذَكَرَ أَهْلَهُ وولدَهُ، وتنفَّسَ فلَهُ بِكُلِّ نفَسٍ يتنفسُّهُ يَمحو اللَّهُ عنه ألفَي سيِّئةٍ ، ويَكْتبُ لهُ ألفَي ألفِ حسنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Kematian orang dagang (jauh dari tanah air) dikira sebagai syahid, ketika dia nazak dan penglihatannya dilontarkan ke kanan dan kiri, dia tidak melihat melainkan orang asing serta mengingati keluarganya dan anaknya, lalu dia menghembuskan nafas, maka dengan setiap hembusan nafasnya, Allah akan memadam daripadanya dua juta kejahatan dan menuliskan baginya dua juta kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis no. 8639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((موت الغريب شهادة، إذا احتضر فرمى ببصره عن يمينه وعن يساره فلم ير إلا غريبا، وذكر أهله وولده، وتنفس، فله بكل نفس يتنفسه يمحو الله عنه ألفي ألف سيئة، ويكتب له ألفي ألف حسنة.)) [طب، ((الضعيفة)) (425)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RHUMA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kematian orang dagang (jauh dari tanah air) dikira sebagai syahid, ketika dia nazak dan penglihatannya dilontarkan ke kanan dan kiri, dia tidak melihat melainkan orang asing serta mengingati keluarganya dan anaknya, lalu dia menghembuskan nafas, maka dengan setiap hembusan nafasnya, Allah akan memadam daripadanya dua juta kejahatan dan menuliskan baginya dua juta kebaikan.)) [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 425].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman