Kematian menjadi ringan apabila aku diperlihatkan isteriku di syurga

TEKS BAHASA ARAB

إنه ليهون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian menjadi ringan apabila aku diperlihatkan isteriku di syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688 – 689, hadis nombor 3534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنه ليهون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة)). [أبو حنيفة في ((مسنده))، طب، أبو يوسف في ((الآثر))، ((الضعيفة)) (6011)]

(Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kematian menjadi ringan apabila aku diperlihatkan isteriku di syurga.” [Riwayat Abu Hanifah dalam musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Yusuf dalam al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6011]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs