Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّه لَيُهَوِّنُ عليَّ الموتَ أنِّي أُريتُكِ زوجَتي في الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kematian menjadi ringan apabila aku diperlihatkan isteriku di syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688 - 689, hadis no. 3534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنه ليهون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة)). [أبو حنيفة في ((مسنده))، طب، أبو يوسف في ((الآثر))، ((الضعيفة)) (6011)]
(Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kematian menjadi ringan apabila aku diperlihatkan isteriku di syurga.” [Riwayat Abu Hanifah dalam musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Yusuf dalam al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6011]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman